PENERANGAN KURSUS TERNAKAN KAMBING TAHAP 2 | Kursus kambing tahap 2 dijalankan secara komprehensif meliputi tajuk-tajuk utama iaitu pengurusan ternakan, kandang dan rekod. Aspek kesihatan, infrastruktur, pemakanan, pembiakan dan ekonomi ladang juga disampaikan. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal akan memberi penekanan kepada pemahaman dan kemahiran peserta terhadap kaedah menguruskan ladang ternakan.


Objektifnya Meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan ternakan secara sistematik dan kaedah meningkatkan produktiviti ternakan, meningkatkan kefahaman berkaitan Amalan Perladangan Yang Baik (Good Animal Husbandry Practice - GAHP ) dan meningkatkan kemahiran dan kefahaman berkaitan kesihatan dan kawalan penyakit;

Kursus ini dibahagi kepada 4

  • Syarahan
  • Perbincangan 
  • Demonstrasi
  • Amali
Kelayakan peserta

  • usahawan 
  • bakal usahawan
  • Peserta yang telah menghadiri kursus tahap 1
Bilangan peserta : 40 orang/ perkursus

Bilangan Hari : 5 hari

Tarikh : Merujuk kepada jadual kursus setiap tahun.

Tempat : Ladang Infoternak Sungai Siput Perak
Kursus ini dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.

Post a Comment

Previous Post Next Post