Permohonan PINTAF Negeri Perak 2017 | Permohonan Pinjaman Tanpa Faedah merupakan satu program pembangunan Jabatan di mana peternak yang layak diberi ternakan ruminan (lembu, kerbau, kambing dan bebiri) dengan ikatan perjanjian Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF). Program ini bertujuan untuk meningkatkan populasi ternakan ruminan di Negeri Perak.

Jenis Ternakan PINTAF
  1. Lembu (BakaJantan, Betina)
  2. Kerbau(BakaJantan, Betina)
  3. Kambing(BakaJantan, Betina)
  4. Bebiri(BakaJantan, Betina)
Syarat permohonan PINTAF

  1. Warga Negara Malaysia (Keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak)
  2. Umur 18 tahun hingga 65 tahun
  3. Mempunyai kawasan ragutan atau sumber makanan yang mencukupi untuk menternak.
  4. Mempunyai kandang ternakan yang sesuai
  5. Berkemampuan untuk memelihara ternakan. (sihat)
  6. Berpengalaman dalam bidang yang diceburi dan
  7. Telah menghadiri kursus asas ternakan yang dianjurkan oleh Jabatan (menjadikeutamaan).
Cara Permohonan
Permohonan PINTAF 2017 akan dibuka pada 1 Januari 2017 sehingga 31 Januari 2017. Kaedah permohonan adalah secara ONLINE  sahaja melalui lawan web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di www.jpvpk.gov.my. Permohonan tak akan muncul di laman web jabatan sebelum 1 Januari 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post