Kursus Ternakan 2016 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak | Kursus yang dianjurkan adalah Kursus Pengurusan Ternakan Kambing, Padang Ragut, Ternakan Ayam Kampung, Ruminan, Lembu Pedaging, Lembu Tenusu, Pembuatan Telur Masin, Pembuatan Produk Hiliran Industri Asas Tani dan Pemasaran, EM, Ternakan Itik dan Puyuh.
- Keutamaan kepada rakyat Negeri Perak
- Borang hanya sah untuk tahun semasa sahaja
- Pemohon yang tidak mendapat tawaran dalam tahun semasa adalah dianggap tidak berjaya
- Pemohon yang berjaya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00 semasa mendaftar kursus (Tahap 2 & 3 Sahaja)
- Borang-borang boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berdekatan dan laman web www.jpvpk.gov.my atau boleh ke http://www.jpvpk.gov.my/index.php/awam/kursus-ternakan-anjuran-veterinar-perak