KENYATAAN MEDIA DARIPADA
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR
MALAYSIA
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG PULIH DARI KEJADIAN
PENYAKIT RABIES
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
STATUS SEBELUM
1. Kes terakhir penyakit Rabies pada haiwan di Malaysia adalah pada
tahun 1999. Manakala negara telah mendapat status bebas
penyakit rabies daripada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia
(OIE) pada Julai 2013.
KEJADIAN RABIES 2015
2. Walaubagaimana status tersebut berubah berikutan satu laporan
kes gigitan anjing di FELCRA Sungai Sirih, Kaki Bukit, Perlis pada
27 hb Julai 2015. Anjing tersebut telah disahkan positif Rabies oleh
Veterinary Reseach Institute, Ipoh.
3. Pada 8hb September 2015, DVS negeri Pulau Pinang telah
melaporkan kejadian gigitan anjing pada tiga ekor rusa di daerah
Seberang Perai Utara (SPU) dan sampel dari anjing tersebut juga
didapati positif rabies. Seterusnya satu kes gigitan anjing pada
2 | P a g e
kanak-kanak di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau pada 13hb
September 2015 pula dilaporkan dan keputusan makmal juga
mendapati positif rabies.
4. Pada 12hb September 2015, terdapat kes gigitan pada manusia di
daerah Alor Setar, Kedah dan kes tersebut didapati positif penyakit
rabies.
KES RABIES TERAKHIR
5. Kes terakhir dikesan positif adalah pada 21 September 2015 iaitu di
Balik Pulau dan telah disahkan positif oleh VRI. Keseluruhan kes
rabies positif adalah 11 kes (7 di Perlis, 3 di Penang dan 1 di Kedah).
PULIH RABIES
6. Sejak dari kes terakhir pada 21 September 2015, tiada lagi kes baru
dikesan di ketiga-tiga negeri tersebut. Mengambil kira tempoh
inkubasi penyakit selama 14 hari. Tempoh dari kes terakhir hingga
ke hari ini sebanyak 3 kali jangkamasa inkubasi telah dicapai dan
tiada lagi kes dikesan. Maka pada hari ini, 3 hb November 2015
adalah diisytiharkan kes rabies di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
telah pulih (resolved).
TINDAKAN KAWALAN DITERUSKAN
7. Walaupun mulai hari ini, kejadian penyakit rabies di Perlis, Pulau
Pinang dan Kedah diisytihar pulih. Negara masih belum boleh
diisytihar negara bebas rabies seperti status diperolehi pada tahun
2013. Malaysia perlu membuktikan tiada penyakit untuk tempoh
dua tahun selaras dengan para 8.13.3 Piawai Terrestrial Animal
Health Code OIE. Jika tiada kes berlaku sehingga penghujung
3 | P a g e
2017, barulah Malaysia boleh mengemukakan laporan kepada OIE
bagi tujuan tersebut.
8. Bagi mempastikan hasrat ini dicapai aktiviti pengawalan rabies
sediada akan diteruskan dan diperkukuhkan.
RUMUSAN
9. Rabies adalah penyakit haiwan dan boleh menjangkiti manusia
yang mana akan menyebabkan kematian pada manusia tersebut.
Tugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mempastikan rakyat
Malaysia tidak dijangkiti penyakit ini memerlukan kerjasama
pelbagai pihak. Populasi anjing yang terkawal dan dijaga dengan
baik dapat memastikan kesejahteraan kepada haiwan dan manusia
terjamin.
Sumber
Sumber