Permohonan PINTAF Negeri Perak 2018 (Bantuan Lembu)  | Permohonan Pinjaman Tanpa Faedah atau di panggil PAWAH ini merupakan inisiatif yang diberikan kepada penduduk - penduduk Negeri Perak oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak yang berkelayakan. Peternak yang inginkan bantuan ternakan lembu, kerbau, kambing dan bebiri bagi meningkatkan taraf kehidupan dan meningkatkan populasi ternakan ruminan di Negeri Perak boleh memohon secara online bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Januari 2018. Pinjaman ini dinamakan Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF). Permohonan PINTAF Negeri Perak 2018 (Bantuan Lembu) ini diharap dapat membantu penternak penternak yang ada di Perak. 

Permohonan PINTAF Negeri Perak 2018 bantuan lembu
Permohonan PINTAF Negeri Perak 2018  (Bantuan Lembu)

Permohonan PINTAF Negeri Perak 2018  (Bantuan Lembu) 

  • Jenis Ternakan PINTAF Negeri Perak 2018

  1. Lembu (BakaJantan, Betina)
  2. Kerbau(BakaJantan, Betina)
  3. Kambing(BakaJantan, Betina)
  4. Bebiri(BakaJantan, Betina)

  • Syarat permohonan PINTAF Negeri Perak 2018

  1. Warga Negara Malaysia (Keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak)
  2. Umur 18 tahun hingga 65 tahun
  3. Mempunyai kawasan ragutan atau sumber makanan yang mencukupi untuk menternak.
  4. Mempunyai kandang ternakan yang sesuai
  5. Berkemampuan untuk memelihara ternakan. (sihat)
  6. Berpengalaman dalam bidang yang diceburi dan
  7. Telah menghadiri kursus asas ternakan yang dianjurkan oleh Jabatan (menjadikeutamaan).

  • Cara Permohonan  PINTAF Negeri Perak 2018

Permohonan PINTAF 2018 akan dibuka pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Januari 2018. Kaedah permohonan adalah secara ONLINE sahaja melalui lawan web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di Permohonan PINTAF Negeri Perak 2018. Permohonan tak akan muncul di laman web jabatan sebelum 1 Januari 2018

2 Comments

NURUL YUDIANTO said…
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
Previous Post Next Post