KENYATAAN MEDIA DARIPADA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG PULIH DARI KEJADIAN PENYAKIT RABIES 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

STATUS SEBELUM 
1. Kes terakhir penyakit Rabies pada haiwan di Malaysia adalah pada tahun 1999. Manakala negara telah mendapat status bebas penyakit rabies daripada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) pada Julai 2013. 

KEJADIAN RABIES 2015 


2. Walaubagaimana status tersebut berubah berikutan satu laporan kes gigitan anjing di FELCRA Sungai Sirih, Kaki Bukit, Perlis pada 27 hb Julai 2015. Anjing tersebut telah disahkan positif Rabies oleh Veterinary Reseach Institute, Ipoh. 

3. Pada 8hb September 2015, DVS negeri Pulau Pinang telah melaporkan kejadian gigitan anjing pada tiga ekor rusa di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan sampel dari anjing tersebut juga didapati positif rabies. Seterusnya satu kes gigitan anjing pada 2 | P a g e kanak-kanak di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau pada 13hb September 2015 pula dilaporkan dan keputusan makmal juga mendapati positif rabies. 

4. Pada 12hb September 2015, terdapat kes gigitan pada manusia di daerah Alor Setar, Kedah dan kes tersebut didapati positif penyakit rabies. 

KES RABIES TERAKHIR 

5. Kes terakhir dikesan positif adalah pada 21 September 2015 iaitu di Balik Pulau dan telah disahkan positif oleh VRI. Keseluruhan kes rabies positif adalah 11 kes (7 di Perlis, 3 di Penang dan 1 di Kedah). 

PULIH RABIES 

6. Sejak dari kes terakhir pada 21 September 2015, tiada lagi kes baru dikesan di ketiga-tiga negeri tersebut. Mengambil kira tempoh inkubasi penyakit selama 14 hari. Tempoh dari kes terakhir hingga ke hari ini sebanyak 3 kali jangkamasa inkubasi telah dicapai dan tiada lagi kes dikesan. Maka pada hari ini, 3 hb November 2015 adalah diisytiharkan kes rabies di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah pulih (resolved). 

TINDAKAN KAWALAN DITERUSKAN 

7. Walaupun mulai hari ini, kejadian penyakit rabies di Perlis, Pulau Pinang dan Kedah diisytihar pulih. Negara masih belum boleh diisytihar negara bebas rabies seperti status diperolehi pada tahun 2013. Malaysia perlu membuktikan tiada penyakit untuk tempoh dua tahun selaras dengan para 8.13.3 Piawai Terrestrial Animal Health Code OIE. Jika tiada kes berlaku sehingga penghujung 3 | P a g e 2017, barulah Malaysia boleh mengemukakan laporan kepada OIE bagi tujuan tersebut. 

8. Bagi mempastikan hasrat ini dicapai aktiviti pengawalan rabies sediada akan diteruskan dan diperkukuhkan. 

RUMUSAN 

9. Rabies adalah penyakit haiwan dan boleh menjangkiti manusia yang mana akan menyebabkan kematian pada manusia tersebut. Tugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mempastikan rakyat Malaysia tidak dijangkiti penyakit ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Populasi anjing yang terkawal dan dijaga dengan baik dapat memastikan kesejahteraan kepada haiwan dan manusia terjamin.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post